Annyeonghaseyo

BuaT Yg SuDi Baca "SeLaMaT MeLayaRi The LaKaran KoOo"
BuaT Yg xSuDi "it's OkaY BeBeh"

Friday, January 21, 2011

PuNca KeLemaHan

Sabda Rasullallah: " sifat-sifat yang paling dibimbangi oleh ku berlaku pada umatku ialah perut buncit, selalu tidur, malas dan lemah iman" (diriwayat oleh ad-daruqatni)

HURAIAN
Dalam hadis ini Rasulullah mengingatkan umat Muslim supaya menjauhi sifat-sifat yang boleh menjahanamkan hidup seseorang itu dan sekaligus melemahkan masyarakatnya. sifat-sifat itu ialah kerakusan makan, banyak tidur, malas dan kelemahan iman.

1. kerakusan makan bukan sahaja menambahkan berat badan yang melamarkan berbagai-bagai penyakit yang merbahaya, tetapi juga akan menghambatkan kecergasan akal dan melemahkan tenaga berfikir dan seterusnya membunuh perasaan khusyu" dalam ibadah.

2. selalu tidur bukan sahaja mewarisi kapapaan rezeki dan ilmu pengetahuan, malah menjadikan hidupnya sia2 @ seolah2 berada dlm tahap orang2 yg mati. dalam istilah Al-quran tidur itu suatu "kematian sementara" kerana orang yang sentiasa menyintai tidur itu seolah2 menyintai kematian.

3. kemalasan adalah anak kunci segala kegagalan & kerugian baik dalam urusan hidup dunia apatah kali dalam amal ibadah terhadap Allah yg menjadi nilai utama hidup seseorang manusia.

4. kelemahan iman adalah akibat daripada masiat2, kejahilan dan menjauhkan dari Allah. manusia y lemah iman bukan sahaja menjadi bahan2 utama rompakan syaitan, malah mereka akan dijadikan ejen syaitan yang ditugaskan mengheret manusia lain kedalam kejahilan dan kejahatan.

kerana itu MAKAN BANYAK, TIDUR BANYAK, MALAS dan LEMAH IMAN merupakan 4 sekawan yang xkan berpisah. apabila sifat2 itu terhimpun pasa seseorang maka bererti INSANIAHNYA sedang dalam PROSES menurut kpd tahap HAIWANIAH dan apabila sifat2 itu terkumpul pada satu umat maka bererti umat itu akan mundur dan pupus dan dilanyak oleh musuh dan malapetaka.

No comments:

Post a Comment