Annyeonghaseyo

BuaT Yg SuDi Baca "SeLaMaT MeLayaRi The LaKaran KoOo"
BuaT Yg xSuDi "it's OkaY BeBeh"

Wednesday, October 7, 2015

Cara nak khusyuk solat
1.   Mematikan diri sebelum mati
Sewaktu berdiri tegak lurus untuk mengerjakan solat, niatlah dihati bahawa solat ini adalah solat terakhir didalam hidup kita dan apabila selesai solat ini seolah-olah kita akan mati menghadap illahi. Disamping itu datanglah perasaan bahawa kita tidak berpeluang lagi untuk mendirikan solat ini dan tidak berpeluang untuk menebus dosa dan kesilapan yang telah dilakukan semasa hidup di dunia ini. Inilah cara yang paling afdhal untuk mematikan diri di dalam solat yang khusyuk.

2.  Membutakan mata sebelum buta
“suful fil wahdah fil kasrah, suhuf fil kasrah fil wahdah”
Terjemahan:
‘Pandanglah satu diantara banyak, pandanglah yang banyak hanya satu’
i.          Kedua biji mata hendaklah dipejamkan
ii.         Pandanglah ke atas,kemudian kedua kelopak mata setengah tertutup
iii.        Satukan pandangan ke tengah-tengah batang hidung

3.  Memekakkan telinga
Untuk melahirkan solat yang khusyuk, sewaktu membaca surah atau ayat hendaklah hati dahulu yang membacanya seolah-olah mulut mengikut hati membacanya. Ketika itu pendengaran zahir tidak kita hiraukan, malah pendengaran batin sahaja yang kita tahu iaitu suara hati yang membacanya.
Untuk mempraktikannya kita boleh cuba dengan menutup kedua mata. Kemudian baca surah al-fatihah didalam hati dan dengankan dengan pendengaran batin, tentu anda akan mendengar hati anda membaca ayat dengan suara  merdu. Itulah suara hati. Lebih indah daripada suara penyanyi manapun didunia ini.

4.  Wala ‘Alimun

Cara ini adalah cara yang paling mudah untuk kita melahirkan solat yang khusyuk iaitu dengan cara kita menyedari hakikat diri kita seorang hamba yang dhaif dan tidak mempunyai ilmu yang dapat mengatasi kudrat Allah s.w.t

10 sahabat iblis

Selanjutnya Rasulullah s.a.w bertanya pula, “berapa banyak kawan-kawanmu dari umatku?”
  1.       Hakim yang tidak adil
  2.       Orang kaya yang sombong
  3.        Pedagang yang tidak jujur
  4.        Peminum arak
  5.        Penghasut kepada orang lain
  6.       Orang yang beramal kerana ingin nama (riak)
  7.       Orang yang memakan harta anak yatim
  8.        Orang yang mempermudahkan solat
  9.      Orang yang tidak mahu berzakat
  10.      Orang yang suka termenung (melamun)


:: Petikan dari Hari Besar Islam oleh H.A Fuad Said