Annyeonghaseyo

BuaT Yg SuDi Baca "SeLaMaT MeLayaRi The LaKaran KoOo"
BuaT Yg xSuDi "it's OkaY BeBeh"

Wednesday, October 7, 2015

Cara nak khusyuk solat
1.   Mematikan diri sebelum mati
Sewaktu berdiri tegak lurus untuk mengerjakan solat, niatlah dihati bahawa solat ini adalah solat terakhir didalam hidup kita dan apabila selesai solat ini seolah-olah kita akan mati menghadap illahi. Disamping itu datanglah perasaan bahawa kita tidak berpeluang lagi untuk mendirikan solat ini dan tidak berpeluang untuk menebus dosa dan kesilapan yang telah dilakukan semasa hidup di dunia ini. Inilah cara yang paling afdhal untuk mematikan diri di dalam solat yang khusyuk.

2.  Membutakan mata sebelum buta
“suful fil wahdah fil kasrah, suhuf fil kasrah fil wahdah”
Terjemahan:
‘Pandanglah satu diantara banyak, pandanglah yang banyak hanya satu’
i.          Kedua biji mata hendaklah dipejamkan
ii.         Pandanglah ke atas,kemudian kedua kelopak mata setengah tertutup
iii.        Satukan pandangan ke tengah-tengah batang hidung

3.  Memekakkan telinga
Untuk melahirkan solat yang khusyuk, sewaktu membaca surah atau ayat hendaklah hati dahulu yang membacanya seolah-olah mulut mengikut hati membacanya. Ketika itu pendengaran zahir tidak kita hiraukan, malah pendengaran batin sahaja yang kita tahu iaitu suara hati yang membacanya.
Untuk mempraktikannya kita boleh cuba dengan menutup kedua mata. Kemudian baca surah al-fatihah didalam hati dan dengankan dengan pendengaran batin, tentu anda akan mendengar hati anda membaca ayat dengan suara  merdu. Itulah suara hati. Lebih indah daripada suara penyanyi manapun didunia ini.

4.  Wala ‘Alimun

Cara ini adalah cara yang paling mudah untuk kita melahirkan solat yang khusyuk iaitu dengan cara kita menyedari hakikat diri kita seorang hamba yang dhaif dan tidak mempunyai ilmu yang dapat mengatasi kudrat Allah s.w.t

10 sahabat iblis

Selanjutnya Rasulullah s.a.w bertanya pula, “berapa banyak kawan-kawanmu dari umatku?”
  1.       Hakim yang tidak adil
  2.       Orang kaya yang sombong
  3.        Pedagang yang tidak jujur
  4.        Peminum arak
  5.        Penghasut kepada orang lain
  6.       Orang yang beramal kerana ingin nama (riak)
  7.       Orang yang memakan harta anak yatim
  8.        Orang yang mempermudahkan solat
  9.      Orang yang tidak mahu berzakat
  10.      Orang yang suka termenung (melamun)


:: Petikan dari Hari Besar Islam oleh H.A Fuad Said

Monday, June 29, 2015

Resepi Ayam Kicap IBUKU

BAHAN-BAHAN:

AYAM (SESUKA HATI NAK POTONG CAMNA, POTONG KECIL2 LG SEDAP)
CILI PADI / SAMBAL CILI (DIPOTONG) [IF NK KEPEDASAN BLEND CILI TU]
BAWANG PUTIH DADU
BAWANG MERAH DIMAYANG
BAWANG BESAR HOLLAND DIMAYANG
KICAP
GULA,GARAM, AJINOMOTO (IKUT CITARASA)

CARA-CARA :

1 - 1ST THING 1ST GORENG AYAM TERLEBIH DAHULU
2 - SELEPAS GORENG AYAM, MINYAK JGN BUANG SEMUA SIMPAN SEDIKIT UTK MENUMIS BAWANG PUTIH HINGGA PERANG THEN MASUKKN BAWANG MERAH, THEN BWG BESAR LASLY CILI
3 - MASUKKAN BAHAN PERASA
4 - MASUKKAN KICAP SESUKA HATI IKUT CITARASA
5 - MASUKKAN AYAM YANG DIGORENG DAN GAUL-GAUL

SIAP!

P/S : FOR THOSE YANG BARU NAK BELAJAR MEMASAK BOLEH LAH TRY CUBA BUAT RESEPI YANG MUDAH DAN SIMPLE INI.. BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN PUN CUKUP MUDAH DAN SENANG DICARI DI DAPUR.

SELAMAT MENCUBA!

Saturday, June 27, 2015

Hari ke 10 Ramadhan

Hari ke 10 berpuasa diperantauan. Bangun seawal 4.30 pagi untuk sediakan sahur dan sekarang i'm know that hows tough my IBU wake-up early in the morning to prepare sahur and masuk dapur pkul 5.30 untuk sediakan juadah berbuka for us. 


ibu you are my everthing.... love you sooooo much ibu...


allahhummaghfirli dzunubi waliwalidayya, 
warhamhumma kama robbayani soghiro

Maksudnya : Ya Allah, ampunilah dosa-dosaku serta kedua ibu bapaku dan kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku di masa kecil.

Saturday, March 28, 2015

Nota Pendek

Demi mencari rezeki dan pengalaman yang penuh barakah aku kuatkan semangat diri untuk tidak merindui ibu dan abahku di kampung. Aku belajar untuk menjadi seorang yang sangat kuat dalam menjalani kehidupan di rantau orang...
yakin boleh! pasti boleh! wajib boleh! hahahahaha