Cara nak
khusyuk solat
1.
Mematikan diri sebelum mati
Sewaktu berdiri tegak lurus untuk mengerjakan
solat, niatlah dihati bahawa solat ini adalah solat terakhir didalam hidup kita
dan apabila selesai solat ini seolah-olah kita akan mati menghadap illahi. Disamping
itu datanglah perasaan bahawa kita tidak berpeluang lagi untuk mendirikan solat
ini dan tidak berpeluang untuk menebus dosa dan kesilapan yang telah dilakukan
semasa hidup di dunia ini. Inilah cara yang paling afdhal untuk mematikan diri
di dalam solat yang khusyuk.
2.
Membutakan mata sebelum buta
“suful fil wahdah fil kasrah, suhuf fil kasrah fil
wahdah”
Terjemahan:
‘Pandanglah satu diantara banyak, pandanglah yang
banyak hanya satu’
i.
Kedua biji mata hendaklah dipejamkan
ii.
Pandanglah ke atas,kemudian kedua kelopak mata setengah tertutup
iii.
Satukan pandangan ke tengah-tengah batang hidung
3.
Memekakkan telinga
Untuk melahirkan solat yang khusyuk, sewaktu
membaca surah atau ayat hendaklah hati dahulu yang membacanya seolah-olah mulut
mengikut hati membacanya. Ketika itu pendengaran zahir tidak kita hiraukan,
malah pendengaran batin sahaja yang kita tahu iaitu suara hati yang membacanya.
Untuk mempraktikannya kita boleh cuba dengan
menutup kedua mata. Kemudian baca surah al-fatihah didalam hati dan dengankan
dengan pendengaran batin, tentu anda akan mendengar hati anda membaca ayat
dengan suara merdu. Itulah suara hati. Lebih
indah daripada suara penyanyi manapun didunia ini.
4.
Wala ‘Alimun
Cara ini adalah cara yang paling mudah untuk kita
melahirkan solat yang khusyuk iaitu dengan cara kita menyedari hakikat diri
kita seorang hamba yang dhaif dan tidak mempunyai ilmu yang dapat mengatasi
kudrat Allah s.w.t
No comments:
Post a Comment